Sunday, 13 May 2012

SeBab PenJaRa Pudu diTutup



Aku nak kongsi satu rahsia
ni aku dengar dari mulut ke mulut
dari telinga ke telinga dan dari mata ke mata.
percaya atau tidak?
Anda tentukan..
Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri..

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir

bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan 

harinya dibilik gantung..
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri

dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu
kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui 
mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara

 Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis
 dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi 

pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

black goat



Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut

mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam  
dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali

gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang 
warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu.  
Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.
Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing 
hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.

Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar

menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa  gementar, seram serta menggigil

ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu

menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak

sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " ahmad albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha

Ha " Yaaaaaaa, ahmad albab yang
punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.


No comments:

Post a Comment