Saturday, 12 May 2012

Peristiwa 13 Mei 1969


hello everybody..
sok aku ada meeting ngn upsm..tjuk prbincangan adalah berkenaan peristiwa 13 Mei.
aku xbanyak taw la pasal 13 Mei nie..yela aku bukanya budak sejarah..
tp before aku kena maki or what everr la sok baek aku prepare..
bak kta pepatah melayu

"sediakan payung sebelum hujan"

so aku research la dulu pasal peristiwa nie...
research la sgt..copy and paste dhla..jnji aku ingtt ape aku tulis.


Apa itu peristiwa 13 Mei

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.


Punca-punca yang menyebabkan peristiwa 13 Mei 1969


1. Dasar pecah perintah pihak Inggeris
Dasar ini telah menyebabkan wujudnya jurang antara kaum. Ini berlaku apabila kaum cina ditempatkan di kawasan bandar dan lombong yang menyebabkan mereka menjadi kaya. Di kawasan tersebut mereka menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan yang menyebabkan peningkatan ekonomi. Orang melayu pula masih tinggal di kawasan pedalaman dan menjalankan kegiatan ekonomi sebagai petani dan nelayan. Sementara itu, kaum india pula tinggal di ladang2 getah. Oleh sebab itu, wujudnya perbbezaan antara kaum dari sudut kegiatan ekonomi.


2. Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun.
Pihak Jepun memberikan layanan yg baik kepada kaum melayu dan india sebaliknya kaum cina ditindas. Ini disebabkn oleh perang yg berlaku antara negara Jepun dan China. Ini membuatkan kaum cina menaruh dendam terhadap orang melayu.


3. Sistem pendidikan yang berbeza.
Menggunakan bahasa ibunda masing2.Sekolah vernakular diwujudkan. Orang cina dan india menubuhkan sekolah dan sukatan pelajaran adalah dari negara asal.


4. Isu perkauman dalam pilihanraya 1969
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalamDewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.[1]. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Partydan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ.[2]Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — the coalition's logo.[3] Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 May di atas kelakuan penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.

5. Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turutserta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee KuanYew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akanmenyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telahmeletak calonnya seramai sembilan orang .Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetapmengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untukmenyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO danorang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu,soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpamenghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telahdipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkanKonvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyatdan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata Malaysia adalah hak orang Malaysia dengan tujuan hak org Melayu dihapuskan.
6. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebutsebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan .Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan KelasSosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawahberbanding dengan kaum Cina .
7. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepadaperistiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuahperlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasarasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semulatentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripadastatus bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasarasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakanpelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antarakempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaandan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telahdipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail.

Korg nk twu x pasal parang terbang ngan orang melayu yg ada kt panggung wayang tu?

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai RamalKajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.[perlu rujukan]
Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di KelantanTerengganu dan Pahang. Di PerakKedahPulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri seperti KelantanPahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.


Kesimpulannya, aku harap peristiwa 13 Mei ni jgnla berlaku lagi..seram mak..Negara kita sekarang dah aman damai dan bersatu padu..janganla ada lagi penentangan.

1 MALAYSIA 


Sumber diperoleh daripada pelbagai link...

No comments:

Post a Comment